Friday, December 7, 2012

Bagaimana Belajar Matematik
Di sini ada beberapa perkara penting yg perlu diingati bila mempelajari matematik. Belajar matematik adalah seperti mempelajarai bahasa lain, pada mulanya memang susah tapi perlahan-perlahan ia akan menjajdi mudah. Banyak konsep matematik adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Bermakna memahami satu-satu konsep akan memudahkan anda memahami beberapa konsep lain. Rasa kecewa bila tiddk dapat menyelesaikan masalah/soalan matematik bukannya masalah besar, ia semulajadi & sebahagian daripada proses pembelajaran. Jadi jangan putus asa.

Langkah-langkah
1. Cari masa belajar. Pastikan anda belajar matematik 1 jam sehari dengan bersungguh-sungguh.
2. Pelajari banyak istilah matematik supaya anda tidak kecewa bila menemui istilah tersebut   
   dengan cepat anda akan mengetahui maknanya.
3. Dapatkan beberapa buku rujukan. Dengan cara begini, cara penerangan yg berlainan dr  
   beberapa buku akan memudahkan anda memahami konsep sebenar.
4. Rajinlah merujuk semula konsep-konsep lama. Kebanyakan konsep adalah berkaitan, jadi 
   dengan mengetahui banyak konsep, akan membantu anda memahami sesuatu konsep dalam 
   matematik.
5. Buat latihan banyak-banyak termasuklah soalan dari buku-buku lain. Ini dapat membantu anda 
   memahami tajuk2 yg berlainan.
6. Jangan malu bertanya/menyoal. Bertanyalah bila anda tidak mengetahui sesuatu 
   cara/teknik/kaedah matematik.

Tips
1. Kekecewaan adalah sebahagia daripada proses pembelajaran. Jadi jangan kecewa semata-mata     
   kerana anda sukar utk memahami sesuatu konsep.
2. Cuba pelajari semua perkara asas dlm matematik & peruntukkan 1 jam setiap hari mempelajari 
   semua konsep-konsep tersebut.
3. Dapatkan tutor untuk mengajar & membimbing anda. Pastikan anda memilih tutor yang 
   berfikiran terbuka & dapat menerangkan semua konsep matematik tersebut kapada anda. Mereka 
   yang boleh dijadikan tutor ialah seperti guru, murid yang lebih senior atau kawan. 
   Bagaimanapun, pastikan mereka ini benar-benar memahami konsep matematik.
4. Buat latihan selalu.
5. Belajarlah bersungguh-sunnguh & buat latihan yang banyak setiap hari.
6. Matematik bukanlah aktiviti yg pasif. Anda tidak boleh mempelajari matematik seperti anda 
   membaca novel. Anda mesti aktif 'bermain2'/mempelajari konsep-konsep lain.

Wednesday, December 5, 2012


Teknik Belajar Matematik Berkesan

1. Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai

2.  Kena Buat Banyak latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah   
     matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap.

3.  Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.

4.  Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang di uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

5.  Azam yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah.

Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematik sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai matematik.

Friday, November 23, 2012


Apakah Matematik dan Kenapa Kita Perlu Matematik?
Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya.
Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda. Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.
Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang sewajarnya kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan, matematik juga merupakan satu senanam untuk minda kita supaya kita tidak jumud dan beku untuk berfikir. Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.
Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini.
Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita.
Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan. Sukatan merupakan salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma seperti meter, liter, persegi, kaki dan padu perlu dikuasai dengan berkesan. Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul. Kita juga menggunakan sukatan untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli dan menentukan isipadu barangan di kilang-kilang.
Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dewasa ini. Ia merupakan tunjak utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas penghasilan teknologi baru dalam kehidupan kita. Jurutaralah yang mencipta alatan keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio, komputer, dan sebagainya. Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan sekarang bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan.
Manakala bidang kejuruteraan pula memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fizik. Sebagaimana yang kita tahu ilmu fizik merupakan satu ilmu yang sangat memerlukan asas matematik yang kukuh. Perkembangan ilmu fizik adalah selari dengan ilmu matematik. Matematik yang menjadi tunjak utama dalam fizik. Contoh penggunaan matematik dalam kejuruteraan ialah penggunaan sudut dan trigonometri untuk mencipta suatu alatan. Begitu untuk mengukur amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesustu alatan elektrik.
Bidang kedoktoran juga memerlukan matemetik. Sukatan dos ubat untuk sesuatu penyakit dikira dengan teliti mengunakan formula matematik. Sewaktu pembedahan ukuran untuk lakukan bedahan adalah dikira dengan teliti dengan menggunakan matematik.
Dalam bidang sains seperti kimia dan biologi juga memerlukan matematik. Dalam kimia matematik digunakan untuk mengira bilangan molekul dan unsur dalam sesuatu sebatian. Untuk mengira nombor jisim dan isotop juga memerlukan formula matematik.
Ahkir sekali, matematik juga penting dalam perniagaan dan ekonomi. Matematik digunakan untuk menentukan untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang modal, harga dan kuantiti keseimbangan dalam perniagaan dan ekonomi.

Wednesday, November 21, 2012

Kepentingan Matematik

Matematik merupakan mata pelajaran penting dalam kurikulum sekolah-sekolah di negara kita. Mata pelajran ini mula diajarkan dari peringkat tadika hinggalah menengah. Malah di kolej dan universiti juga, matematik masih menjadi komponen penting dalam hampir kebanyakan kursus pengajian.        
Penguasaan dalam ilmu ini menuntut seseorang itu memahami konsep-konsep pengiraan asasnya. Melalui pemahaman konsep, secara langsung melatih manusia untuk berfikir.        
Selain itu, mata pelajaran ini juga memerlukan seseorang pelajar menghafaz segala rumus yang diperlukan sebagai jalan penyelesaian bagi masalah yang dikemukakan. Ini sekaligus mengasah bakat berfikir dalam diri seseorang individu. Untuk itu, seseorang yang ingin mahir harus membuat banyak latihan secara langsung.        
Menerusi penguasaan matematik, pemikiran manusia akan menjadi semakin matang. Setiap masalah akan diselidik dari pelbagai sudut untuk mencari jalan penyelesaian.        
Manusia yang berjaya di dunia ini adalah berkat penguasaan dalam bidang matematik. Penguasaan juga amat penting dalam mencipta alat-alat kelengkapan yang bakal digunakan untuk tujuan penyelidikan dan kajian yang berkaitan dengan pengiraan dan penyukatan.       
Oleh itu, tanpa kebolehan dalam matematik, segala kejayaan tidak mungkin menjadi suatu kenyataan. Kesimpulannya, setiap individu harus menguasai matematik untuk terus hidup dengan lebih produktif dan bermakna.