Nota


Thursday 22 November 2012
Peringkat Penguasaan Matematik
Peringkat Kanak-kanak
Kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun merupakan masa yang paling untuk merangsang perkembangan otak mereka. Pada peringkat ini kanak-kanak mudah menerima apa yang diajar kepada mereka. Mereka juga suka kepada benda-benda baru. Di sini ibu bapa perlu memainkan peranan mendedahkan kanak-kanak tadi dengan sistem penomboran. Ibu bapa perlu mengajar kanak-kanak dengan asas matematik yang berkaitan dengan nombor-nombor asas. Kita perlu ajar mereka dengan nombor-nombor satu hingga sepuluh. Suruh mereka sebut dan hafal nombor-nombor tersebut.

Peringkat Kanak-kanak Remaja
Pada usia tujuh hingga dua belas tahun kanak-kanak perlu diajar dengan operasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Pada peringkat ini, kanak-kanak berada dalam alam persekolahan. Di sekolah, mereka diajar dengan pelbagai teknik pembelajaran, pelbagai operasi matematik dan terma-terma matematik . Mereka juga didedahkan dengan pecahan, peratus, statistik dan pelbagai operasi lain yang selalu diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Peringkat Remaja
Pada usia tiga belas sehingga tujuh belas tahun, pelajar sudah berada dalam alam persekolahan menengah. Pada ketika ini, pelajar akan mempelajari matematik algebra dan matematik diskrit di mana ianya lebih susah sedikit. Pada masa ini, pelajar-pelajar dianggap sudah dapat menguasai matematik secara luas selepas tamat zaman persekolahan.

Peringkat Umum
Peringkat ini ialah daripada umur lapan belas sehingga ke atas. Tahap ini merupakantahap di mana seseorang diharap mempunyai penguasaan yang kuat dalam matematik algebra dan matematik diskrit serta berjaya menguasai matematik secara keseluruhannya.



Wednesday 21 November 2012
Tips Belajar Matematik

Sunday 11 November 2012
Mendidik anak suka Matematik

Seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kata-kata ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan dalam usaha kita mendidik anak agar mereka cintakan matematik. Perkara pertama yang perlu kita serapkan pada anak ialah matematik itu mudah. Segala yang ada di sekeliling kita ialah matematik.
Contohnya, apabila berada di rumah, anda boleh menyuruh anak-anak mengasingkan objek mengikut bentuk, warna dan saiz. Untuk aktiviti ini, ambil sepuluh objek berlainan bentuk, warna dan saiz. Kemudian, asingkan objek-objek tersebut  mengikut kategori yang dipilih oleh anda, sama ada bentuk warna, saiz ataupun bentuk. Cara ini dapat memahirkan anak kecil anda dengan asas mata pelajaran matematik. Semasa mengajar anak tentang matematik, janganlah terlalu serius dan terlalu taksub dengan protokol biasa untuk belajar.
Bersama ini ada 11 cara menyeronokkan untuk memperkenalkan anak pada matematik. Disebabkan oleh kanak-kanak berbeza cara mereka belajar, anda perlu pandai mengatur cara pembelajaran mereka mengikut cara belajar yang digemari mereka.

Untuk anak yang gemar belajar melalui penglihatan dan pengamatannya

1. Mari kenal nombor
Sewaktu bersiar-siar, tunjukkan pada anak nombor-nombor yang ada pada papan tanda sepanjang perjalanan anda. Misalnya, nombor pada plat kenderaan yang banyak terdapat di jalan raya. Sebutkan setiap nombor yang anda temui itu. Jika anda amalkan cara ini semenjak anak anda masih kecil lagi, mereka akan kenal nombor-nombor asas sebelum mereka memasuki ke sekolah lagi.
2. Buat panggilan telefon
Tulis nombor telefon adik-beradik anda ataupun saudara mara apda kertas. Kemudian, suruh anak anda dail nombor tersebut. Cara ini dapat mempraktikkan anak membaca nombor yang dituliskan mengikut cara yang sebenarnya iaitu daripada kiri ke kanan.
3. Mari mengira
Kira setiap apa yang ada di persekitaran anda. Contohnya, kira jumlah orang yang berbaris untuk membayar di kaunter-kaunter bayaran, kira jumlah kereta yang berada di sesebuah rumah ataupun jumlah anak tangga yang perlu anda naiki untuk ke rumah saudara-mara.

Untuk anak yang gemar belajar secara fizikal

1. Kira dan asingkan barang-barang yang ada di rumah
Ambil stoking pelbagai warna dan saiz yang ada di rumah anda, campurkannya kemudian suruh anak asingkan stokin tersebut mengikut warna, saiz ataupun bilangannya.
2. Cari bentuk yang sama
Di dalam rumah pasti ada benda-benda yang sama bentuknya. Bentuk empat segi, buat, tiga atau yang bujur. Suruh anak anda ingat bentuk-bentuk tersebut dan suruhlah mereka melukis. Untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, ajaklah mereka warnakan bentuk-bentuk yang telah dilukis itu.
3. Bermain dengan bongkah berbentuk
Manipulasikan objek tiga dimensi yang ada di rumah anda. Contohnya kotak kasut. Sambil menerangkan kepada anak tentang bentuknya, anda boleh juga jadikan ia permainan. Cara ini, selain daripada dapat menerangkan kepada anak tentang bentuknya, anda juga dapat memahirkan motor skill yang ada pada mereka.
4. Buat sendiri buku kira-kira
Aktiviti ini menggabungkan dua elemen sekali gus. Elemen kemahiran membaca dan elemen mengira. Dengan bantuan anda, berikan anak katalog atau majalah lama yang tidak digunakan lagi pada anak. Kemudian, suruh anak potong huruf A dan lekatkan pada sehelai kertas. Setelah habis huruf A dan lekatkan pada sehelai kertas. Setelah habis huruf A pada katalog tersebut, suruh pula anak anda kira berapa jumlahnya. Tentu anak anda seronok dengan cara pembelajaran ini.
5. Makan sambil belajar
Jika anak anda agar sukar untuk makan, cara ini juga sesuai buat mereka. Apa yang perlu anda lakukan ialah berikan mereka beberapa keping biskut. Kemudian, ambil sehelai kertas dan lakarkan bentuk bulat. Suruh anak masukkan kesemua biskut yang dia ada itu ke dalam bentuk bulan yang telah anda lukiskan itu. Ajak anak anda kira berapa jumlah biskut yang ada itu. Kemudian, suruh mereka makan sekeping biskut dan kira semula berapa keping lagikah yang tinggal. Ulangi cara ini hingga habis kesemua biskut dimakannya. Mudah bukan?
6. Bermain dengan corak
Apa yang boleh anda lakukan ialah berikan anak benda yang sama tetapi berlainan warna. Misalnya, bola kecil ataupun guli. Suruh anak susun guli-guli tersebut berselang-selo mengikut warnanya. Selain daripada dapat bermain, cara ini boleh membantu meningkatkan kemahiran anak untuk berfikir secara abstrak.

Untuk anak yang gemar mendengar

1. Perdengarkan kepada anak lagu yang bertemakan pengiraan
Misalnya lagu ‘sepuluh budak hitam’ yang begitu popular di kalangan kanak-kanak di Malaysia ini. Lagu ini mengajar anak elemen asas dalam matematik iaitu aktiviti menolak. Sambil berhibur, anak dapat belajar mengira. Selain itu, di pasaran juga terdapat banyak cakera padat rancangan untuk kanak-kanak yang mengajar mereka asas matematik. Biasanya rancangan tersebut menggunakan lagu untuk menyampaikan ilmu kepada kanak-kanak. Jadi, apa tunggu lagi, segeralah ke kedai berkaitan untuk mendapatkannya. Anak anda tentu suka.
2. Memasak bersama anda
Ketika anda memasak kek atau biskut, ajak anak anda turut serta melakukan aktiviti itu. Biarkan anak menyukat sendiri bahan-bahan yang diperlukan itu. Anda hanya perlu memberi arahan banyak mana sesuatu bahan itu diperlukan. Selepas dimasak, kek ataupun biskut yang anda berdua buat itu bolehlah dimakan bersama.




Friday 19 Oktober 2012
KAEDAH-KAEDAH MEMAHIRKAN MATEMATIK

Terdapat banyak faedah untuk memahirkan diri kita dengan matematik. Individu yang berlainan mempunyai kaedah yang berlainan untuk memahirkan diri dengan subjek matematik.

Kaedah utama sambil belajar.

Aktiviti ini dijalankan secara spontan untuk faedah perbuatan itu sendiri. Ini bermakna kaedah tersebut memberi kepuasan dalam keadaan sedar atau tidak. Terdapat unsur-unsur kespontanan, kurang berstruktur, tiada paksaan, dan menimbulkan kepuasan. Sebagai contoh, kanak-kanak bermain batu sermban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina ketelusan dalam mengira mata yang diperolehi. Objektif kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan hiburan di bersebelahan merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam keadan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi dan mental di mana mereka juga dapat meningkatkan kekuatan dan ketangkasan, dapat berinteraksi juga mempelajari nilai - nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang rasa dan lain-lain lagi. Kesan keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran di mana maklum balas yang diberi serta merta tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep. Di dalam menunaikan aktiviti permainan, ia harus berkaitan dengan objektif pembelajaran. Permaianan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman, kebolehan serta kecenderungan murid-murid. Arahan tentang permainan mestilah jelas, tepat dan mudah difahami. Kaedah ini harus melibatkan semua murid sekiranya dijalankan di dalam kelas. Maklum balas tentang betul atau salah dalam sesuatu permainan hendaklah diberi dengan serta merta agar murid-murid bermotivasi untuk meningkatkan lagi motivasi mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek dan tidak boleh terlalu panjang. Ia seharusnya mengambil masa yang sederhana dan sesuai. Permainan harus menekankan nilai kerjasama, keadilan, keseronokan dan kemahiran sosial. Permainan dijalankan dalam bentuk yang boleh menarik minat murid-murid dan merupakan satu bentuk pengajaran bukan sebagai GANTIAN guru.

Kaedah inkuiri.

Inkuri merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang: -
1) berasaskan prosesp penyelesaian masalah
2) berpusat kepada murid (murid mengambil bahagian yang aktif)
3) memberi latihan yang sebenar
4) menggalakkan murid mengalami situasi yang sebenar
5) mengggalakkan murid membuat penyelidikan

Teknik ini mempunyai proses yang berikut: -

1) Mengenal pasti masalah
2) Mengkaji masalah
3) Mengumpul maklumat
4) Menganalisis masalah
5) Merumus masalah

Mengenal pasti masalah.

Pelajar harus mengenal pasti soalan dan menentukan fakta yang difahami. Dalam proses mengenal pasti masalah, kaedah, teknik, rujukan dan sumber yang sesuai perlu ditekankan kerana ia dapat membantu memandu murid-murid mendapatkan maklumat yang paling mudah. Kemudian, murid mengumpul maklumat mengikut urutan. Di sini, murid dapat membuat ramalan, memeriksa maklumat dan menentukan kebenarannya. Seterusnya, murid-murid harus merangka prosedur untuk menyelesaikan masalah. Murid-murid membuat analisis dan peperiksaan tentang ramalan yang dibuat. Di sini, murid- murid cuba menyelesaikan masalah dan membuat penilaian kreatif.
Pengawalan aktiviti inkuiri.
1) Pemerhatian
2) Penjelasan
3) Membuat ramalan
4) Uji Kaji

Kaedah Boikot

Kaedah Boikot merupakan satu aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan di mana murid bekerjasama antara satu sama lain untuk meneliti dan membincangkan sesuatu topik atau masalah. Kaedah Boikot dikatakan dapat mengalakkan murid-murid lebih bergerakbalas tentang topik atau masalah matematik yang sedang atau sudah dibincangkan. kaedah Boikot merupakan satu aktiviti yang sangat mudah dijalankan dan mudah dilaksanakan dalam apa jua mata pelajaran terutama sekali matematik dan kaedah ini boleh dijalankan dalam sebarang situasi bilik darjah mahupun di rumah.
Boikot boleh menjadi satu aktiviti yang berstruktur atau aktiviti yang bebas bergantung penilaian yang dijalankan. Dalam kaedah menyelesaikan masalah, terdapat 5 pekara yang telah dikaji.
(1) Belanja idea individu
(2) Pencapaian konsep
(3) Kerja kreatif
(4) Membuat keputusan
(5) Menyelesaikan masalah dalam kumpulan

Kaedah dapatan

Kaedah ini lahir daripada teori-teori pembelajaran, ia perlu bagi ibu bapa dan guru untuk mencapai pengajaran yang berkesan kepada kanak-kanak dan murid. Walaubagaimanapun, ia hanya sesuai dalam keadaan tertentu sahaja. Kaedah ini bertujuan mencabar murid supaya mencari jawapan dari maklumat yang kurang lengkap. Biasanya pembelajaran dari kaedah ini terdiri daripada bahagian-bahagian maklumat yang tidak lengkap dan murid juga perlu membuat kesimpulan daripada apa yang telah dilaksanakan. Peranan guru dan ibu bapa ialah untuk mengadakan Boikot Terbuka dan menggalakkan murid mengeluarkan pendapat serta memberi jawapan ke arah yang ingin matlamat dicapai. Kaedah ini dapat mengekalkan pembelajaran murid kerana segala maklumat dan kesimpulan telah digunakan semasa pembelajaran.

Hafalan dan latih tubi.

Teknik ini telah lama digunakan iaitu sejak beribu-ribu tahun sebelum Masihi. Pada masa kini, teknik hafalan dan latih tubi masih digunakan. Teknik ini telah difahami dengan lebih mendalam dan kurang digunakan secara keterlaluan. Terdapat 2 jenis hafalan yang dikenalpasti iaitu hafalan rot dan hafalan logik. Hafalan rot adalah hafalan berbentuk simbol-simbol yang perlu diingat sepatah demi sepatah. Istilah pada mulanya hanya menggunakan hafalan rot kemudian hafalan rot mengenai sesuatu pembelajaran akan diambil alih oleh hafal logik. Hafalan lojik pula merupakan hafalan secara rasional yang melibatkan fenomena yang bermakna tentang tentang prinsip-prinsip yang perlu dipelajari, hafalan lojik perlukan fahaman yang rasional mengenai konsep yang terlibat. Kebolehan membuat taakulan memainkan peranan penting untuk membawa kefahaman rasional ini, di samping kebolehan membuat perkaitan antara satu dengan yang lain diperlukan juga. Dalam situasi pengajaran sesama sendiri dalam bilik darjah, cara yang paling berkesan untuk mengajar teknik hafalan dengan berpandukan kepada 4 langkah,
(1) Memikirkan
(2) Mengulangkan
(3) Mengucapkan
(4) Mengingatkan
Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta dalam meningkatkan kecekapan tentang apa yang telah diajar. Latih tubi amatlah sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti mengingati formula-formula yang penting. Hafalan dan latih tubi biasanya digunakan dalam langkah kedua iaitu mengulang bahan dan langkah ketiga iaitu mengucap isi kandungan di hadapan guru. Dengan itu, latih tubi adalah sebahagian daripada usaha menghafal atau mengingat sesuatu.

Sebenar masih terdapat banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah dan membantu proses meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam bidang Matematik.


5 comments:

NOOR JEHAN BINTI MUSTAPA said...

terima kasih info ini cikgu

yeanling said...

Info yang sangat bagus.

Lee Soo Wa said...
This comment has been removed by the author.
Lee Soo Wa said...

Maklumat yang sungguh berguna kepada murid. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

Bong Sze Jin D20112054639 said...

Blog yang bermaklumat jelas dan menarik.